Tuesday 18 March 2014

Komik Ultraman



Komik Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia, Punca?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Ultraman The Ultra Power, sekali gus komik berkenaan diharamkan di Malaysia
Bagaimana pun ada segelintir pihak yang menyindir malah ada yang menjadikan laporan berita itu sebagai subjek jenaka di laman sosial. Mungkin mereka menganggap perkara ini remeh tanpa memikirkan kesannya jika ia dibiarkan berlarutan.


Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

Antara punca utama ia diharamkan kerana buku komik “Ultraman The Ultra Power” didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam kalau terus dibiarkan kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada pembaca.
Selain itu, selepas diterjermahkan kepada Bahasa Melayu, setiap baris perkataan dan ayat penceritaan pelik dan mengelirukan apabila dibaca.


Membabitkan Kalimah Allah Dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu

Sekeping gambar dipercayai dari keratan buku komik itu telah disebarkan di laman sosial Facebook, dan didapati nama Allah terdapat dalam kandungan penulisan komik berkenaan yang menerangkan bahawa Ultraman King adalah yang paling berkuasa, dihormati dan dianggap sebagai “ALLAH” atau “ELDER” di kalangan wira ultraman yang lain.



0 comments:

Post a Comment

 
amoi sepet ^_^ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template