Tuesday 18 March 2014

Komik Ultraman



Komik Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia, Punca?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku Ultraman The Ultra Power, sekali gus komik berkenaan diharamkan di Malaysia
Bagaimana pun ada segelintir pihak yang menyindir malah ada yang menjadikan laporan berita itu sebagai subjek jenaka di laman sosial. Mungkin mereka menganggap perkara ini remeh tanpa memikirkan kesannya jika ia dibiarkan berlarutan.


Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan Malaysia

Antara punca utama ia diharamkan kerana buku komik “Ultraman The Ultra Power” didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam kalau terus dibiarkan kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada pembaca.
Selain itu, selepas diterjermahkan kepada Bahasa Melayu, setiap baris perkataan dan ayat penceritaan pelik dan mengelirukan apabila dibaca.


Membabitkan Kalimah Allah Dalam Buku Ultraman Edisi Bahasa Melayu

Sekeping gambar dipercayai dari keratan buku komik itu telah disebarkan di laman sosial Facebook, dan didapati nama Allah terdapat dalam kandungan penulisan komik berkenaan yang menerangkan bahawa Ultraman King adalah yang paling berkuasa, dihormati dan dianggap sebagai “ALLAH” atau “ELDER” di kalangan wira ultraman yang lain.



Jerebu



Bacaan Terkini Status Indeks IPU Jerebu 3 Mac 2014 Seluruh Negeri

Kualiti udara di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia pada Isnin mula terjejas terutamanya di Selangor berdasarkan cerapan data yang diperolehi dari stesen pengawasan kualiti udara dan direkodkan di laman rasmi Jabatan Alam Sekitar Malaysia (APIMs)


Di Selangor kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) berstatus “Tidak Sihat” adalah di pelabuhan Kelang dengan bacaan IPU 117 manakala di Perak, kawasan Seri Manjung mencatat bacaan IPU 102 masing-masing bacaan yang direkodkan setakat jam 2 Petang Isnin. Faktor kualiti udara terjejas berikutan cuaca panas yang berpanjangan serta kekurangan hujan sejak akhir-akhir ini. Lain-lain kawasan di Malaysia masing-masing mencatat bacaan IPU “Baik dan “Sederhana” setakat ini.


API
Status
0-50
Baik / Good
51-100
Sederhana / Moderate
100-200
Tidak Sihat / Unhealthy
200-300
Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
>300
Berbahaya / Hazardous

Misteri Kehilangan Kapal Terbang MH370


Penerbangan 370 Penerbangan Malaysia (MH 370 / MAS 370), juga dipasarkan sebagai Penerbangan 748 China Southern Airlines (CZ 748) melalui perkongsian kod, ialah sebuah penerbangan penumpang terjadual dari Kuala Lumpur, Malaysia, ke Beijing, China. Pada 8 Mac 2014, Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia yang mengendalikan penerbangan ini hilang dengan 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal di dalam pesawat, ikutan perhubungan terakhirnya dengan kawalan lalu lintas udara kurang daripada sejam selepas perlepasan.
Usaha pencarian dan penyelamatan bersama meliputi luas 30,000 km2 (12,000 batu²) in Teluk Thailand, Selat Melaka (yang merupakan salah satu jalan raya air tersibuk di dunia),dan Laut China Selatan, sedang dijalankan oleh sebelas buah negara yang telah menghantar sejumlah 34 buah pesawat dan 40 buah kapal untuk usaha ini.


Kewarganegaraan orang di dalam Penerbangan 370
Kewarganegaraan
Penumpang
Anak kapal
Jumlah
 Amerika Syarikat
3
0
3
 Australia
6
0
6
 Belanda
1
0
1
 China
152
0
152
 Hong Kong
1
0
1
 India
5
0
5
 Indonesia
7
0
7
 Iran
2
0
2
 Kanada
2
0
2
 Malaysia
38
12
50
 New Zealand
2
0
2
 Perancis
4
0
4
 Rusia
1
0
1
 Taiwan
1
0
1
 Ukraine
2
0
2
Jumlah
227
12
239

PRAY for MH370




MH370 mendapat liputan meluas sejak akhir-akhir ini. Misteri kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) ini masih menjadi tanda tanya. Alhamdulillah, mahasiswa dan mahasiswi UMK Kampus Kota telah turun beramai-ramai untuk menunaikan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan  para penumpang dan berharap kapal terbang tersebut dapat dijumpai dalam keadaan selamat. Solat hajat ini diadakan di Padang Futsal dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Warga UMK mendoakan yang terbaik untuk MH370.





Monday 17 March 2014

Sky Umbrella


SKY UMBRELLA. Nama yang sangat unik dan menarik. Tidak semua tempat di negara ini mempunyai keunikan seperti yang terdapat di UMK, Kampus Kota. Payung yang berwarna-warni menghiasi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan menyerlahkan lagi keindahan kampus. Malah, Sky Umbrella turut mendapat liputan media cetak apabila ia menghiasi dada-dada akhbar.


UMK di muka depan Akhbar BH.


Namun, keadaan iklim di negara kita yang tidak menentu menyebabkan payung-payung tersebut rosak. Hal ini telah mencacatkan imej Sky Umbrella apabila kebanyakan payung rosak dan jatuh apabila tiba musim tengkujuh kerana ribut yang melanda.
 
amoi sepet ^_^ Blogger Template by Ipietoon Blogger Template