Komik Ultraman The Ultra Power
Diharamkan Malaysia, Punca?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan Perintah Larangan
Penerbitan terhadap buku Ultraman The Ultra Power, sekali gus komik berkenaan
diharamkan di Malaysia
Bagaimana pun ada segelintir pihak yang menyindir malah ada yang
menjadikan laporan berita itu sebagai subjek jenaka di laman sosial. Mungkin
mereka menganggap perkara ini remeh tanpa memikirkan kesannya jika ia dibiarkan
berlarutan.
Punca Buku Ultraman The Ultra Power Diharamkan
Malaysia
Antara punca utama ia diharamkan kerana buku komik “Ultraman The Ultra
Power” didapati mengandungi unsur-unsur yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam
kalau terus dibiarkan kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada pembaca.
Selain itu, selepas diterjermahkan kepada Bahasa Melayu, setiap baris
perkataan dan ayat penceritaan pelik dan mengelirukan apabila dibaca.
Membabitkan Kalimah Allah Dalam Buku Ultraman Edisi
Bahasa Melayu
Sekeping gambar dipercayai dari keratan buku komik itu telah disebarkan
di laman sosial Facebook, dan didapati nama Allah terdapat dalam kandungan
penulisan komik berkenaan yang menerangkan bahawa Ultraman King adalah yang
paling berkuasa, dihormati dan dianggap sebagai “ALLAH” atau “ELDER” di
kalangan wira ultraman yang lain.